Monday, November 18, 2013

Langkah-langkah Untuk Menanam Budaya Membaca Dalam Kalangan Masyarakat

    Budaya membaca merupakan amalan yang mulia. Budaya membaca haruslah disematkan dalam diri masyarakat sejak kecil lagi. Baki kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

    Antara langkah untuk menerapkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat ialah ibu bapa hendaklah membeli buku-buku pembacaan yang menarik untuk anak-anak. Ibu bapa memainkan peranan yang penting kerana anak-anak banyak menghabiskan masa di rumah. Justeru, pelbagai bahan bacaan yang menarik perlu diletakkan di rumah untuk memupuk minat membaca dalam anak-anak mereka.

    Kempen-kempen membaca juga boleh diadakan untuk memupuk minat membaca dalam diri masyarakat. Pesta bukujuga harus diadakan dengan lebih kerap. Ibu bapa haruslah melibatkan anak-anak dalam kempen membaca dan membawa anak-anak berkunjung ke pesta buku. Anak-anak juga dapat memilih buku yang diminatinya di pesta buku yang menjual pellbagai jenis buku.

    Sudut bacaan juga boleh disediakan di sekolah. Pelbagai jenis buku haruslah disediakan untuk menarik minat murid-murid. Program nilam juga hendaklah dijalankan dalam usaha menanam budaya membaca dalam masyarakat.

    Ibu bapa juga haruslah mempunyai budaya membaca. Suasana rumah tetangga yang memupuk budaya membaca mampu menyematkan amalan tersebut dalam diri anak-anak.

    Ilmu it pelita hati. Membaca buku meluaskan pengetahuan kita. Oleh itu, budaya membaca haruslah disematkan dalam jiwa kita kerana ia membawa banyak faedah kepada kita.

Kesan Buruk Kemasukan Filem Asing Kepada Sahsiah Kanak-kanak

    Pada era globalisasi ini, kemasukan filem asing semakin pesat berlakudi negara kita. Namun, sesetengah filem asing yang tidak ditapis dengan ketat telah mendatangkan kesan buruk kepada pembentukan sasiah kanak-kanak.

    Unsur-unsur keganasan yang disisipkan dalam sesetengah filem asing boleh menyumbang masalah gejala sosial dalam kalangan remaja. Hal ini sukar dibendung kerana ibu bapa tidak dapat mengawasi dan menjaga m=bahan tontonan anak-anak.

    Selain itu, penyiaran bahan-bahan yang lucah dan tidak bermoral dalam segelintir filem asing boleh meruntuhkan akhlak anak-anak. Ketandusan nilai moral dan pegangan agama yang rapuh yang dipersembahkan di dalam filem asing turut membawa kesan negatif kepata pembentukan sahsiah kanak-kanak.

    Filem sing yang menarik juga mengalihkan perhatian anak-anak daripada pelajaran. Hal ini akan menjejaskan pelajaran anak-anak kerana mereka lebih menumpukan perhatian kepada filem asing yang lebih menyeronokkan.

    Selanjutnya, filem asing juga menyebabkan anak-anak banyak menghabiskan masa di depan televisyen. Hal ini mengakibatkan penglihatan anak-anak rosak kerana sinaran cahaya televisyen boleh memburukkan mata oenglihatan atau menyebabkan seseorang menjadi buta.

    Kesimpulannya, bak kata pepatah, pemuda tiang negara, pemudi harapan bangsa. Kerajaan haruslah mengambil tindakan yang sewajarnya demi membendung kemasukan filem asing yang mendatangkan kesan buruk kepada pembentukan sahsiah kanak-kanak.