Monday, November 18, 2013

Kesan Buruk Kemasukan Filem Asing Kepada Sahsiah Kanak-kanak

    Pada era globalisasi ini, kemasukan filem asing semakin pesat berlakudi negara kita. Namun, sesetengah filem asing yang tidak ditapis dengan ketat telah mendatangkan kesan buruk kepada pembentukan sasiah kanak-kanak.

    Unsur-unsur keganasan yang disisipkan dalam sesetengah filem asing boleh menyumbang masalah gejala sosial dalam kalangan remaja. Hal ini sukar dibendung kerana ibu bapa tidak dapat mengawasi dan menjaga m=bahan tontonan anak-anak.

    Selain itu, penyiaran bahan-bahan yang lucah dan tidak bermoral dalam segelintir filem asing boleh meruntuhkan akhlak anak-anak. Ketandusan nilai moral dan pegangan agama yang rapuh yang dipersembahkan di dalam filem asing turut membawa kesan negatif kepata pembentukan sahsiah kanak-kanak.

    Filem sing yang menarik juga mengalihkan perhatian anak-anak daripada pelajaran. Hal ini akan menjejaskan pelajaran anak-anak kerana mereka lebih menumpukan perhatian kepada filem asing yang lebih menyeronokkan.

    Selanjutnya, filem asing juga menyebabkan anak-anak banyak menghabiskan masa di depan televisyen. Hal ini mengakibatkan penglihatan anak-anak rosak kerana sinaran cahaya televisyen boleh memburukkan mata oenglihatan atau menyebabkan seseorang menjadi buta.

    Kesimpulannya, bak kata pepatah, pemuda tiang negara, pemudi harapan bangsa. Kerajaan haruslah mengambil tindakan yang sewajarnya demi membendung kemasukan filem asing yang mendatangkan kesan buruk kepada pembentukan sahsiah kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment