Monday, May 6, 2013

Sebab-sebab pelajar tidak dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah

    Kebenaran membawa telefon bimbit ke sekolah di kalangan pelajar telah ditarik balik oleh Kementerian Pelajaran. Terdapat beberapa faktor menyebabkan hal demikian.

      Antaranya ialah murid-murid tidak dapat menumpukan perhatian kepada guru mereka semasa kelas dijalankan kerana asyik bermain permainan dalam telefon bimbit atau menghantar mesej ringkas. Oleh hal yang demikian, pengajaran guru di hadapan kelas tidak didengari murid-murid.
  
     Selain itu, ketenteraman di ekolah akan terganggu apabila telefon bimbit berbunyi semasa guru sedang mengajar. Gangguan ini akan mengalihkan perhatian murid-murid daripada guru kepada bunyi telefon bimbit tersebut.

     Di samping itu, kemungkinan kes-kes yang tidak diingini boleh berlaku. Umpamanya, telefon bimbit tercicir atau dicuri orang semasa di sekolah. Hal ini akan menjadi lebih rumit jika ibu bapa menyalahkan pihak sekolah dan meminta pampasan.
 
     Seterusnya, murid-murid akan mencari laluan mudah untuk lulus dalam peperiksaan. Penggunaan telefon bimbit pintar untuk meniru dalam peperiksaan. Murid-murid akan menganggap belajar untuk peperiksaan tidak penting apabila boleh meniru dengan mencari jawapan dalam internet melalui telefon bimbit pintar mereka.

     Kesimpulannya, langkah Kementerian Pelajaran untuk melarang pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah adalah patut kerana lebih banyak memberi kesan negatif kepada murid-murid jika mereka membawa telefon bimbit ke sekolah.

7 comments:

  1. 1.cikgu amik phone pelajar ketika masuk waktu PDP. Just pulangkan time rehat atau lepas balik (takdelah budak2 nak main game time cikgu ngajar)

    2. Kalau phone tu hilang atau kena curik , tu salah budak tu lah , sapa suruh cuai.Yang mak bapak pun bengong gak salahkan pihak sekolah.

    3. Amik phone pelajar sebelum start peperiksaan.

    Dah abis citer , benda simple pun tak mau buat. Nak jugak tak bagi bawak phone ke sekolah. Budak2 nak telefon mak ayah deme pun susah.



    ReplyDelete