Kebenaran membawa telefon bimbit ke sekolah di kalangan pelajar telah ditarik balik oleh Kementerian Pelajaran. Terdapat beberapa faktor menyebabkan hal demikian.
Antaranya ialah murid-murid tidak dapat menumpukan perhatian kepada guru mereka semasa kelas dijalankan kerana asyik bermain permainan dalam telefon bimbit atau menghantar mesej ringkas. Oleh hal yang demikian, pengajaran guru di hadapan kelas tidak didengari murid-murid.
Selain itu, ketenteraman di ekolah akan terganggu apabila telefon bimbit berbunyi semasa guru sedang mengajar. Gangguan ini akan mengalihkan perhatian murid-murid daripada guru kepada bunyi telefon bimbit tersebut.
Di samping itu, kemungkinan kes-kes yang tidak diingini boleh berlaku. Umpamanya, telefon bimbit tercicir atau dicuri orang semasa di sekolah. Hal ini akan menjadi lebih rumit jika ibu bapa menyalahkan pihak sekolah dan meminta pampasan.
Seterusnya, murid-murid akan mencari laluan mudah untuk lulus dalam peperiksaan. Penggunaan telefon bimbit pintar untuk meniru dalam peperiksaan. Murid-murid akan menganggap belajar untuk peperiksaan tidak penting apabila boleh meniru dengan mencari jawapan dalam internet melalui telefon bimbit pintar mereka.
Kesimpulannya, langkah Kementerian Pelajaran untuk melarang pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah adalah patut kerana lebih banyak memberi kesan negatif kepada murid-murid jika mereka membawa telefon bimbit ke sekolah.
cool . Thanks yaa <3
ReplyDeletecool . Thanks yaa <3
ReplyDeleteboleh beri lagi????
ReplyDeleteboleh beri lagi????
ReplyDelete1.cikgu amik phone pelajar ketika masuk waktu PDP. Just pulangkan time rehat atau lepas balik (takdelah budak2 nak main game time cikgu ngajar)
ReplyDelete2. Kalau phone tu hilang atau kena curik , tu salah budak tu lah , sapa suruh cuai.Yang mak bapak pun bengong gak salahkan pihak sekolah.
3. Amik phone pelajar sebelum start peperiksaan.
Dah abis citer , benda simple pun tak mau buat. Nak jugak tak bagi bawak phone ke sekolah. Budak2 nak telefon mak ayah deme pun susah.
Telefon pejabat sekolah ada..telefon publik dekat sekolah pun ada
Deletedengan cara mengumpul/megutip telefon bkan sesuatu yang mudah. pelajar lebih bijak... senang cerita kita ni manusia peraturan dan hubungan dgn Tuhan pun belum tentu sempurna, inikan pula peraturan yg dibuat oleh manusia. hanya pandangan peribadi. maaf yaaa kalau salah
Deletenice
ReplyDeletetq 4 helping me
ReplyDeletebagus
ReplyDeleteThank you so much i'ts can use in exam
ReplyDeleteThank you
ReplyDeleteLepas balik sekolah member kene heart attack masa jlan kaki pastu nsib aq bwak fon snyap snyap sempat lah call ambulance tu NASIB BAIK klau x rasa nya member saya tu dh xder dah rasanyer
ReplyDeletemaaf yaa, bagi saya berkaitan faktor kesihatan seperti yang berlaku. saya berpendapat, pelajar yg mempunyai tahap kesihatan yg tidak normal, ibubapa perlu lebih mengambil kisah contohnya memaklumkan tahap kesihatan anak mereka kpd pihak sekolah dan menyediakan ubat-ubatan kpd anak mereka sebgai faktor persediaan. Dalam dunia ni tidak ada istilah nasib baik atau nasib tak baik. semua yg berlaku telah tertulis.maaf andai pendapat saya ini bercanggah.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteReally good and helpful👌😊
ReplyDelete1.Berikan amaran kepada pelajar lebih 3 kali. Satu batch tak boleh bawa fon selama 1 bulan.Jika berulang tambah lagi satu bulan jadi 2 bulan.
ReplyDelete2.Hanya membenarkan pelajar sekolah menengah. Kalau ada kecurian, satu sekolah dilarang bawa fon sampai kes tu selesai. Kalau ibubapa pelajar minta pampasan, Sekolah boleh collect sebanyak RM2 setiap pelajar yang mampu. Selagi tidak mencukupi selagi tu dilarang bawa fon.
3.Pelajar dilarang membawa fon semasa peperiksaan. Dan sekolah perlu buat spot check sebelum masuk sekolah
Masa exam dijalankan, kenapa cikgu rampas telefon pintar murid untuk mencari jawapan
ReplyDelete